Cara untuk melanggan bergantung pada pelan prabayar yang anda gunakan sekarang.
Jika anda menggunakan Edisi Biru atau Edisi Kuning
Anda boleh melanggan pas Prabayar 5G pilihan anda melalui:
• Aplikasi CelcomDigi, atau
• Dail *118# pada telefon anda
Jika anda menggunakan Xpax Prepaid atau Digi Prepaid
Untuk 5G Power 45, 5G Power+ 55 dan 5G Power+ 65, anda boleh melanggan terus melalui:
• Aplikasi CelcomDigi, atau
• Dail *118#
Untuk 5G Hyper 30, 5G Hyper 35, 5G Power 35, 5G Power 45 (3 Bulan) dan 5G Power 45 (12 Bulan), anda perlu menaik taraf pelan terlebih dahulu:
1. Dail *118#
2. Pilih “Maklumat Akaun Saya”
3. Naik taraf ke Edisi Biru atau Edisi Kuning
4. Lengkapkan langganan melalui aplikasi CelcomDigi