Yuran langganan Setiap bulan | Yuran permohonan perkhidmatan Setiap permohonan | |
|---|---|---|
| Harga peranti (HRD) | ||
| RM0 - RM500 | RM3 | RM30 |
| RM501 - RM1,000 | RM5 | RM50 |
| RM1,001 - RM1,500 | RM6 | RM100 |
| RM1,501 - RM3,000 | RM10 | RM200 |
| RM3,001 - RM6,000 | RM17 | RM330 |
| RM6,001 dan ke-atas | RM20 | RM470 |
Promosi pelancaran CelcomDigi PhoneFIX RM1 membolehkan anda menikmati langganan PhoneFIX pada bulan pertama dengan hanya RM1, tanpa sebarang kontrak. Langgan sebelum 31 Mac 2026 untuk menikmati tawaran ini.
Selepas bulan pertama, langganan PhoneFIX anda akan diperbaharui secara automatik pada kadar bulanan standard mengikut julat harga peranti anda.
CelcomDigi PhoneFIX terbuka kepada semua pelanggan CelcomDigi di Malaysia yang menggunakan peranti layak serta lulus ujian diagnostik yang diperlukan.
Perhatian: Hanya satu peranti boleh didaftarkan bagi setiap nombor atau pelan mudah alih CelcomDigi.
Anda boleh melanggan PhoneFIX dengan mudah melalui aplikasi CelcomDigi – buka aplikasi, pergi ke Shop → Protection → PhoneFIX, dan ikut langkah untuk mendaftar.
Hantar permohonan pembaikan anda dalam tempoh 7 hari selepas kerosakan berlaku dan sebelum tempoh langganan tamat. Dalam aplikasi CelcomDigi, pergi ke: Lifestyle → My Subscriptions → PhoneFIX → Service Request.
Anda juga boleh menghantar permohonan pembaikan melalui laman web Rakan Kami di sini.
Semua pembaikan dilakukan oleh rakan servis bertauliah kami menggunakan alat ganti tulen atau setara kualiti bagi memastikan integriti peranti anda terpelihara.
Setiap pembaikan turut disertakan dengan jaminan selama 6 bulan untuk ketenangan fikiran anda.
Tiada caj tersembunyi selain yuran permohonan servis.
Namun, bagi peranti OPPO dan vivo, anda mungkin perlu membayar kos pembaikan penuh terlebih dahulu. Sebarang lebihan bayaran akan dipulangkan oleh rakan kami selepas pembaikan selesai.